Seminggu Doc HSA bagi mc. kerje kat opis mmg melambak2.. byk gile pending. Tapi, aku lupekan semua sebab aku nak rehat puas-puas. Lega dapat duk rumah. Tenang, relax, xde la nak stress macam kat opis tuh.
Kemas-kemas rumah, layan blog, layan face book.. tengok TV, makan tido hehe. tak ade kerje lain. menghitung hari untuk foolow up check up.Pakar wanita Taman U suh datang this week. HSA suh datang nextweek. Yang mane eh nak gi. tengok la nanti.
Bila banyak sangat dugaan yang datang ni, mendekatkan diri aku dengan Allah. Memang tak dinafikan aku sering bertanya dalam diri.. kenape aku? kenape anak aku? kenapa aku tak senang2 dapat anak macam orang lain. Tapi, bila aku fikir-fikir balik. Aku bersyukur. sekurang-kurangnya aku merasa untuk mengandung. Merasa melahirkan anak, even czer.... tp aku dapat rase sakit bersalin tu.Dan sekarang anak kami dah selamat masuk syurga. dah dijamin masuk syurga. aku patut bersyukur tu..
Tapi, yelah.. perasaan sedih tu tetap muncul. berkali2 aku cube tenangkan hati aku ni.... perasaan tu tetap dtg. Dan sekarang ni, sekali lagi aku diuji. Ya Allah kuatlah iman hambamu ini Ya Allah.ringankanlah ujian Mu Ya Allah. Sembuhkanlah kandunganku Ya Allah .. sembuhkanlah dengan penawarMu. Peliharalah kandungan ku. Tapi, andai anak dalam kandungan ku ini dah ditakdirkan utk Engkau pinjamkan sekejap sahaja. aku redha Ya Allah.Hanya Engkau yang Maha Mengetahui. Hanya engkau yang tahu ape yang terbaik kami.
Adik.... ibu sayang sgt kat adik. Adik kene baik-baik dalam tummy ibu tau. nanti leh tengok dunia.. leh jumpe ibu n ayah. ibu nak peluk adik nanti hihi.... Kakak dah tak de... nanti adik leh jaga ibu n ayah =)
1 comments:
Insyallah..selamat semua nya..aku doa2 kan yg terbaik untuk ko..:)
Post a Comment