Welcome

To My Life, My Soul, My Family, My Memories, My Everything

Jun 29, 2011

Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil

Pengambilan makanan, minuman dan ubat-ubatan tertentu semasa hamil mungkin tidak dibenarkan kerana ia akan memberikan kesan sampingan sama ada kepada anda sendiri atau kepada bayi yang dikandung. Sebelum memulakan sesuatu yang baru, sila rujuk kepada doktor sakit puan anda dahulu untuk mendapatkan kepastian.


Antara makanan dan minuman yang perlu dijauhi ialah:

* Alkohol.
Pengharaman alkohol oleh agama Islam mempunyai pelbagai hikmah. Pengambilan alkohol oleh ibu hamil telah dikaitkan dengan masalah-masalah seperti kecacatan fizikal dan mental bayi. Alkohol diserap dengan cepat melalui plasenta tetapi proses pembuangannya mengambil masa yang lama. Alkohol juga memusnahkan kandungan asid folik yang penting dalam pertumbuhan awal fetus.

* Kafein.
Pengambilan minuman atau makanan berkafein seperti kopi, koko (nescafe), minuman bergas, coklat, dsb dikaitkan dengan perkembangan bayi yang tidak normal termasuk bayi yang kurang berat semasa dilahirkan. Selain daripada itu, kafein juga merosakkan kandungan kalsium tulang anda (sila lihat rencana terdahulu mengenai kalsium).

*Rokok.
Merokok semasa mengandung dikaitkan dengan kelahiran bayi tidak cukup bulan, terbantut dan berat yang rendah. Kes-kes kematian mengejut (sudden death) yang berlaku pada bayi juga dikaitkan dengan keluarga perokok. Selain daripada itu, masalah keguguran juga lebih kerap berlaku pada ibu yang merokok.

*Ubat-ubatan.
Ada ubat-ubatan yang mendatangkan mudarat kepada bayi jika diambil oleh ibu hamil. Sila rujuk kepada doktor sakit puan atau ahli farmasi anda sebelum mengambil ubat-ubatan terutamanya pada trimester pertama (4 bulan pertama hamil).

*Gula.
Pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung. Ia juga boleh menyebabkan bayi besar daripada selalunya.

*Vitamin A.
Pengambilan vitamin A yang tinggi melebihi 5,000iu tidak dibenarkan semasa hamil kerana ia didapati boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi. Penggunaan vitamin A yang tinggi dalam persediaan luaran seperti ubat jerawat juga tidak dibenarkan. Adalah lebih selamat sekiranya wanita hamil mengambil beta caroten seperti karot dsb. Beta caroten ini akan ditukar kepada vitamin A di dalam badan bila sahaja badan memerlukan vitamin A.

*Raksa.
Mungkin kita belum pernah mendengar orang mengambil raksa (merkuri). Bagaimanapun, raksa di dapati dalam kuantiti yang tinggi dalam makanan laut seperti shark (jerung), tuna, makerel dan ikan-ikan besar yang lain. Pengambilan yang banyak boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi.

*Makanan mentah.
Kita juga jarang mendengar orang memakan daging mentah. Pengambilan makanan mentah (atau dimasak sedikit sahaja - dalam bahasa Inggeris dipanggil rare meat) boleh menyebabkan komplikasi yang buruk:oToxoplasmosis. Ia adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh parasit yang didapati dalam daging mentah. Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan intra-uterine yang serius pada fetus (bayi). Parasit in juga didapati di dalam sayur-sayuran yang tidak dibasuh dengan bersih.

* E.coli (bunyinya E.kolai).
E.coli ialah sejenis bakteria jahat yang selalu hadir di dalam daging yang tidak dimasak.

*Salmonella.
Salmonella hadir dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Organisma ini
boleh menyebabkan cirit-birit pada ibu yang hamil dan ini mungkin membahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan cepat kerana ia akan menyebabkan de-hydrasi. Makanan berkerang seperti oyster juga boleh menyebabkan masalah jangkitan salmonella di samping masalah-masalah jangkitan kuman yang lain.

*Listeria.
Bakteria jenis ini boleh didapati di dalam cheese yang tidak dipasteur dengan baik. Kuman jenis ini boleh menyeberangi plasenta dan menjangkiti bayi. Selalunya tidak ada tanda-tanda khusus jangkitan kuman ini (asymptomatik) namun kadang-kala menunjukkan tanda seperti selsema. Listeriosis telah diketahui boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra-matang dan keracunan.

*Cacing.
Pengambilan ikan mentah termasuk sushi, sashimi, dsb boleh menyebabkan jangkitan
cacing. Ia tidaklah memberikan kesan langsung kepada bayi tetapi cacing akan memakan makanan dan zat yang diperlukan oleh bayi anda.

*Herba.
Pengambilan herba secara kesuluruhannya adalah selamat. Bagaimanapun sila dapatkan
nasihat doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil sebarang herba kerana ada herba yang tidak dibenarkan pengambilannya semasa hamil seperti cohosh, sliperry elm, dsb.

*Makanan berempah (spicy food) dan juga berasid.
Makanan berempah dan berasid boleh menyebabkan masalah angin. Ditambah dengan kecenderungan wanita hamil untuk mengalami masalah ini, makanan jenis ini akan memburukkan lagi keadaan.

*Makanan lebihan.
Makanan yang lebih seelok-eloknya tidak disimpan dan dimakan semula. Ini untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan kuman.

*Pemanis tiruan.
Pemanis tiruan sering digunakan oleh pesakit kencing manis untuk mengurangkan kandungan kalori gula. Ia juga digunakan oleh orang yang ingin menjaga berat badan mereka. Antara yang sering diperkatakan ialah Aspartame (jenama EQUAL, PAL-SWEET, SLIM-UP, dan juga dalam minuman bertin) dan Saccharin. Saccahrin kini tidak lagi digunakan di Malaysia. Selain saccharine, bahan tiruan lain yang perlu dijauhi ialah cyclamates. Aspartame mengandungi phenylalanine, sejenis asid amino yang merbahaya untuk kanak-kanak yang menghidapi phenylketonuria, sejenis penyakit yang jarang berlaku. Selalunya ia tidak mendatangkan sebarang masalah tetapi sebagai langkah penjagaan, penggunaan barangan ini masih lagi dibolehkan asalkan dalam kuantiti yang sederhana.

*Makanan yang diproses.
Makanan jenis ini seperti hotdog dsb mungkin mengandungi kandungan nitrate dan nitrite yang tinggi dan tidak baik untuk kesihatan, oleh itu hendaklah dikurangkan pengambilannya.

*Bahan-bahan lain.
Kebanyakan bahan-bahan tambahan seperti additif adalah selamat digunakan
(ingat, ambil dalam kuantiti yang sederhana sahaja). Antara yang sering diperbincangkan dan perlu dijauhi ialah:oMSG (monosodium glutamate) seperti di dalam Ajinomoto.oPewarna tiruan terutamanya blue 1, blue 2, green 3, red 3 dan yellow 6.


Sharing is caring,

Jun 27, 2011

Due date kelahiran baby ke-2

27/6/2011

Sayang,

Tengok balik buku merah, arini adalah due date ibu. ibu mane yg xsedih kan. harini sepatutnya ibu melahirkan anak ke-2 ibu ni. Tapi, kite hanya mampu merancang Allah yg menentukan segala-galanya. Allah dah menetapkan segala-galanya sejak azali lagi. Ibu redha.. ibu redha atas ape yg berlaku.

Tengok balik gambar2 scan sayang.. menitik airmata. masa sayang 11 minggu dh nampak tgn dan kaki sayang mula membentuk. Tapi, jantung sayang dah berhenti. berhenti setakat itu. hanya hidup dlm tummy ibu selama 11 minggu sahaja.

Semoga sayang ibu tenang di sana. Tenang bersama kakak. tenang menunggu ibu dan ayah.

Abang, orang rindu anak-anak kite...

Sayang anak-anak ibu,

Jun 21, 2011

Abah - Selamat Hari Bapa

19 June 2011

Abah,

~Selamat Hari Bapa~

Dah 11 tahun abah pergi tinggalkan kami bah. Kenangan ngan abah sentiasa segar dlm ingatan kami. Lepas abah pergi macam-macam dugaan yang datang. Kesian mak kene tempuh semuanya sorang-sorang. Abah tau kan, mak bukan jenis yang tunjukkan perasaan dia. semua die tanggung sorang-sorang. macam biase je depan kami semua.. hmmm mak tabah sgt bah.

Abah,

Kami semua dah kawen. Cucu abah dah ade 13 orang dah hehe.. termasuklah 2 orang yang tengah teman abah sekarang (",)... masa abah tinggalkan kami, cucu abah baru 5 orang nak masuk 6 kan. Kakak, abang2 dan adik semua duduk di KL. Ina duduk di Johor. Ina bahagia bah. ade suami yg sama mcm abah. baik macam abah. peramah, pemurah, kelakar... semua macam abah. Tiap kali ape yang suami ina buat mengingtakan ina dgn abah.

Abah,

Mak baru je balik dr umrah. Seronok die dapat pergi ke rumah Allah tu. Doakan mak dapat menunaikan haji pulak. Tapi, kesian mak.. mak pergi sorang-sorang. mak pergi tanpa abah. Mesti mak rindu sgt kt abah.

Ina rindu abah.. kami semua rindu abah.

Al-Fatihah


Anak kesayangan abah,

Jun 17, 2011

Mandi Manda Gunung Belumut

Ativiti hujung minggu, kalau takde trip secondbro.. mesti la merayap kan hehehe.. kalini, ade jemputan kenduri kawen kwn abang kat felda kahang timur Kluang. So, plan nak mandi manda gunung belumut pas kenduri. Air terjun ni ngan umah kenduri 5 minit jek.

Gerak dr Kulai kul 10.00 lebih, smapai rumah kenduri around kul12. Biasela kalau konvoi, tunggu orang tu orang ni lambat la sikit sampai.. tapi, happening dari gi berdua je cam kera sumbang hehehe.

tengah tunggu nas.. posing jap.

Duk kat umah kenduri tak sampai sejam. Cuaca panas sangat, badan dah belengas dah. tak sempat tunggu pengantin bersanding masing-masing dah nk cow. tak sabar nak terjun dalam air huhu.

Orang agak ramai. parking pun penuh.siap ade rombongan satu bas. ahad kot.

Port best.. bentang tikar... lepak.

air yang sangat sejuk dan best..

nanti nak gi lagi camping plak kat sini hehe..


aku yg gila air terjun,

Jun 9, 2011

FC Bio Sanitry Pad


Bukan nak berniaga.. jauh sekali nak kaut keuntungan ape-ape..

sekadar berkongsi ape yang aku tau.. sebelum terlambat.

FC Bio Sanitry Pad.. dah lame tahu, tapi tak pernah nak mencuba. Tapi, kalini terbuka untuk mencuba memandangkan period tak berapa ok lepas keguguran tempohari.

Sebab aku dah cuba dan amat berkesanlah aku berani komen kat sini.Bila tengok proses pad2 yg ade di pasaran rase ngeri sangat. 16 tahun gunakan pad tuh. eeiiii tak sanggup nak gune lagi.

Walaupun harganya agak mahal, tapi apela sangat kalau nak dibandingkan dengan kesihatan kite yang tak boleh dijual beli. Gunala.. bertukarlah kalau sayang kan diri kita. beritau la pada mak, kakak, adik, isteri kalau sayangkan mereka.

Cer baca link kat bawah ni untuk tahu lebih lanjut. Malas la nk taip panjang-panjang hehe...


Anda semua bertukarlah. Bukan option, bukan supplement.. tapi ini mesti.. demi kesihatan dan penjagaan kehormatan kite sebagai wanita.


Sharing is caring..

Kisah aku dia dan baju

Tersenyum sorang-sorang dalam kereta masa panaskan enjin pagi tadi bila melihat pakaian yang senget benget tersidai. hehehe.. abang-abang. dah masuk 29thn pun masih senget benget lagi sidai baju. hahahaha

mekasih sayang. Walaupun senget benget tapi orang tak kesah.Terima kasih kerana ringan tulang membantu org wat keje-keje rumah ni. Keadaan diri yang amat penat sangat lepas masak malam tadi membuatkan aku hanya sempat mengeluarkan baju daripada mesin masuk dalam bakul dan hanya membiarkan di depan pintu. Sungguh, aku sangat penat semalam. Tak tahu kenapa.

Masuk ke bilik dgn niat nak baring sekejap sambil menonton TV, sudahnya tak sampai 5 minit aku terlelap dengan TV terbuka. Pembaziran betul... tersedar sekejap bila abang balik dr main badminton kejutkan aku untuk makan. Kebiasaan, abang akan menyuapkan aku 3 suap nasi sebagai alas perut... (diet la katakan) dan memang die takkan makan kalau aku tak duduk di depan die. Sorry sayang, mlm tadi seperti dirasuk.... tidur yang amat nyenyak sekali hehehe.

Pagi ni, masa aku sebuk nak tapaukan bekalan abang... sayu tengok periuk nasi.... luak setakat 2 3 senduk jer.. hmmm sikitnya makan.. selalunye abang akan tambah 3 kali kalau aku masak. Ikan pari asam pedas pun tak luak sangat. aku panaskn dan bekalkan die. Biar abg kenyang dgn masakan aku hehehe

Nak masak daging taucu pulak balik keje ni. hmm lapo.

gambar di atas sekadar perhiasan. tidak ada kene mengena dengan cerita.


Orang sayang abang,

Jun 8, 2011

Hani Wedding

14 Mei 2011

Siti Nurhani dan suami.. congratulation on ur wedding day. Pasangan terakhir yang mendirikan rumah tangga dlm grup UTM dulu.

Ala-ala reunion la.. peh lame sangat tak jumpe. Dari JB gerak kul 12.00 tgh alhamdulillah selamat sampai di Nilai pukul 2.30 ptg. Masa ni pengantin tengah bersanding.

Dapat jugak jumpe Aqil (baby Yana) ngan Hasya (baby Zetty).Dah besar dah diorang =)

U r so cute.. geram mama tau

Ni lagi sorang.. comel anak dara ibu ni...

Tapi sayang... Lin, Jamie ngan Lola tak dapat datang.

Hmmm kempunan nak jumpe baby baru diorang.
Adam (baby Lola) and Aniq (baby Jamie).

Lepasni bila lagi la nak jumpe kan. Really miss u olls.

Bergambar kenangan bersama pengantin:-
Shakir, hasya,zetty,ina,ustad,pengantin,aqil,yana,yusri,naim,ashraf

Kawan-kawan yang datang
Naim,Yana,aku,Zetty


me n my everythings


Yana n her family


Zetty (eh mane gambar zetty..??? huhuhu xde) ngn her family

Ha.. ini ler puan Zetty bersama anak bucuknyer (",)



Naim n suami. Ma n Pa to be.

Semoga kite jumpe lagi.Salam sayang untuk semua.

Congrate Hani (",)

Jun 3, 2011

Almost 37 weeks

Kejap je dah masuk bulan June. Tibe-tibe teringat plak.. kalau tidak fatiha dapat adik bulan ni hehehe... mgu ni sepatutnya aku masuk 37 weeks. Lagi 3 minggu je lagi. maksudnya aku dah 8 bulan lebih la kan. Hmm camne la rupe aku yek. same macam dulu gak kot.

kenangan ms mengandungkan fatiha nur aleesya

Rase macam cepat sangat masa berlalu. Rase baru je semalam aku misscarriage. rase baru je semalam aku admitted wad HSA 3 hari 2 malam berendam air mata mengenangkan kehilangan kali ke-2. Sungguh.. aku tak pernah sangka semua ini berlaku dalam hidup aku.

Tapi itulah kenyataan.. itulah ketentuan.. setiap orang akan hadapi dugaan yang berbeza-beza. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing kan .... Ape yang penting sekarang aku perlu sentiasa berfikir positif.. Insyaallah masanya pasti akan tiba. Saat tu kamilah ibu dan ayah yang paling bahagia.

Yang aku ni asyik nak tacing je sejak akhir-akhir ni pesal. huhuhu. Ingatan pada Fatiha terlalu kuat agaknye. Hurmmm, takpelah sayang. Pasni ibu ngan ayah usaha lagi eh. Doakan kami ye sayang..

ibu yg diuji,

Jun 2, 2011

Hanya Mampu Berdoa

Harini dah masuk 6 bulan lepas aku di d&c.
dah hampir 3 bulan kami mencuba tapi masih belum ade rezeki lagi.
Sedih tak payah nak cakap lah.

kadang-kadang tengok kawan yang baru je kawen terus bunting pelamin..
then, cukup 9 bulan bersalin selamat je anak die.
tapi aku??? nak dapt seorang anak pun susah.
kadang2 rase dunia ni tak adil!!

Ya Allah. Ape yang aku melalut ni.
Aku seperti menyalahkan takdir yg telah Allah tetapkan. jahilnya aku...
Ampunkan hamba Mu ini Ya Allah.
Kepada Mu aku berserah,
kau kuatkanlah semanagat ku menempuh segala dugaan hidup ini Ya Allah.
aku tak kuat menghadapinya...

Hanya engkau yang tahu ape yang terbaik untukku. kau berilah yg terbaik untukku ya Allah. hanya yang terbaik. aku redha....


Hanya mampu berdoa,

Jun 1, 2011

Bila nak ziarah kakak lagi

lamenyer ibu tak balik kampung nenek ziarah taman raudhah kakak...

sedih.. sedih... sedih...
itulah perasaan ibu bila setiap kali ziarah ke tmn raudhah kakak.
bukan ibu sedihkan pemergian kakak, tapi ibu sedih sebab jarang sangat dapat ziarah kakak.bukan ibu lupa sayang... ibu tak pernah lupekan kakak walau sesaat.
Ibu harap sangat dapat balik ke kampung nenek dlm masa terdekat ni..

selagi ibu masih hidup, ibu akan terus ziarah kubur kakak setiap kali ibu balik kampung nenek. ibu takkan jemu...
kerana dengan menziarahi kubur kakak, ibu akan tersedar dari mimpi-mimpi dunia yang tiada jaminannnya. kehidupan dunia dan kebendaan dunia yang tak akan kekal...

dan kerana menziarahi kakaklah ibu selalu mengingtakan diri ibu yang MATI ITU PASTI.


Doa buat aleesya,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelawat Setia


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Template by:

Free Blog Templates