Welcome

To My Life, My Soul, My Family, My Memories, My Everything

Apr 3, 2011

Aleesya pergi


Sayang ibu,

Pada pukul 11.30 pg tadi, cukuplah setahun sayang ibu tinggalkan ibu dan ayah. Sayang ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.Sayang ibu pergi mengadap Ilahi... pergi untuk selama-lamanya. yer, cukup setahun pemergian mu sayang

Ibu masih ingat lagi, wad ibu di hospital serdang selangor, sarat dgn nenek, mak long, mak su, pak long, tok cu,tok long, sepupu-sepupu ayah, kawan-kawan ayah dan ibu, kawan-kawan opis ibu.. semuanya dtg untuk memberi penghormatan terakhir pd sayang. datang untuk memberi semangat kepada ibu, datang kerana kasihan kan ibu. Terima kasih kepada yang sudi datang masa tu. jasa kalian ku ingat sampai bila-bila.

Saat ini juga, pada tahun lalu.. kite naik kereta ibu bersam-sama ayah dan nenek untuk pulang ke kampung nenek bg pengebumian sayang. ibu nak sangat ribakan sayang, pegang sayang masa dlm perjalanan tu, tapi ibu tak mampu. Perut ibu terlalu sakit, masih tak stabil kerana pembedahan semalamnya. Ibu hanya mampu memandang sayang yg selesa di riba nenek. sayang ibu yg cantik, sayang ibu yang comel, sayang ibu yang bersih dan suci. sejuk perut ibu mengandungkan sayang.

Perjalanan sejam lebih ke kampung nenek tiba pada pukul 6.00 ptg. Orang-orang kampung telah penuh membanjiri rumah nenek. semua menunggu kehadiran bidadari ibu. Ibu cube kuat untuk tidak menangis di hadapan orang-orang yg ramai itu. Tapi ibu tak daya, ibu tak dpt menahan kesedihan ibu apatah lagi bila melihat semua org telah bercucuran air mata ketika itu. Siapalah yg boleh menahan sebak apabila melihat sekujur tubuh kecil yg comel tidak lg bergerak. hmmm masih terase gerakan anak ibu yang kuat dlm kandungan ibu dulu. Sedih kan sayang...

Selepas sayang dimandikan, dikafankan, sayang baring di riba ibu buat kali yg terakhir. ibu renung wajah sayang sepuas-puasnya. kemudian ayah pula meribakan sayang.Kami renung wajah anak kesayangan kami ni buat kali terakhir. Ibu betul-betul terasa yang ibu telah kehilangan..

Selesai sembahyang, sayang dikebumikan. azan maghrib berkumandang selesai sahaja pengebumian. Hilanglah sayang dari pandangan kami semua. perginya seorang bayi yang ditunggu-tunggu selama 9 bulan oleh pasangan Farizul & Harinah. Perginya insan yang teramat di sayangi.

Hmmm hari ini 3/4/2011 genap setahun segalanya berlaku. semuanya segar dlm ingtan ibu. macam tak percaya ibu pernah mengandung 9 bulan sebab ibu dan ayah masih berdua seperti pengantin baru. berkepit 24 jam seperti tidak boleh dipisahkan lagi.

Semoga bertemu lagi nanti (",)




Aleesya segar dlm kenagan,

Apr 2, 2011

Aleesya 1 Year


2 April 2011

Happy Bufday to you...
Happy Bufday to you...
Happy Bufday to Aleesya...
Happy Bufday to you...

Sepatutnya kakak dah msk 1 tahun. Mest kakak dah pandai berjalan sekarang kan. dah pandai nak usik2 ibu. dah pandai nak merajuk ngn ayah. dah pandai cakap esp panggil ibu... kan sayangkan. ibu rindu semua tu. ibu rindu walaupun ibu tak pernah rase itu semua.

Kakak, ibu hadiahkan al-fatihah untuk mu sayang. walaupun ibu tahu anak ibu ni, mmg dah tenang kat sane.. dah terlalu bahagia kat sana..ibu nak kakak lebih2 bahagia lagi.

Bestnye kalo kakak ader. mesti ibu buat suprise party tuk kakak. pgl jiran2 terdekat, baca doa selamat, jamuan makan sikit-sikit. Ibu cakap ngan ayah harini bufday aleesya. ayah diam jek. mesti ayah taknak ibu sedih kan. hmm tapi, ibu sebenarnye lg sedih bila ayah tak layan ckp ibu. bila ayah hanye pandang wajah ibu diam seribu bahasa tiap kali ibu cakap soal aleesya.

Ibu sangat rindukan kakak. Ibu masih terbayang2 wajah mungel kakak saat duduk dalam pelukan ibu disaat2 akhir kakak. Kalau lah boleh ibu dapat lihat kakak sekali lagi.....

Jumpa lagi anakku..

Al-Fatihah


Sentiase merinduimu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelawat Setia


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Template by:

Free Blog Templates