Welcome

To My Life, My Soul, My Family, My Memories, My Everything

Sep 21, 2010

Mak Nak Wat Rumah Baru horeyyyyyy

Bila balik kampung tengok rumah makcik2 jiran ni cantik-cantik betul.
almost 70% rumah felda dah jadi rumah banglo. tapi rumah mak jer yang maintain dr dulu haha.. katanyer sayang sbb rumah tu arwah abah yang buat sendiri.
dari rumah felda asal, abah tambah dapur, rumah bawah, bilik air depan, bilik air belakang...
sume arwah abah yang tukang sendiri dr kami kecik-kecik lagi.
aku dah lahir ke belum entah. nostalgia la..
sampaikan perabot-perabot dlm rumah yang arwah abah buat sume mak simpan.
sayang nak buang katanyer..


Ni la rupa rumah aku dari depan.



Ni plak dari tepi.


Ish... dah uzur rumah mak ni. Cian mak dah la duk umah sorg2 jer.. sedihnyer..

Nak jadikan cerita setelah ku pujuk-pujuk, akhirnya mak setuju tuk buat rumah.
duit yang felda bagi ciput jek..memangla tak cukup... so kami adik beradik tambah la sorang sikit nak bagi elok sikit rupe rumah tu.. hurmmm berhari-hari laki aku duk design bentuk rumah tuk mak mentua kesayangan hihi.. mana taknye design asik rejected jek.
payah no mak aku nk approved. high test datin rohani ni hihi.


Finally approved. lupe lak nak amik pic design tuh. tunggula sebulan lg rumah siap.
Alamat balik raya haji nanti la baru dpt tengok rumah baru. tak sabarnyer.
Maka hari raya aritu bertungkus lumus la en suami bersam ibu mertuanya mengemas rumah.. menghancurkan segala yang ada.. aku?? tolong yang ringan2 jek.Ni la padahnye balik raya lambat. sume orang dah tak ade huhu...
mak tak bagi angkat yang berat-berat memandangkan aku ceaser dulu hihi.. ngelat lah.

misi yang pertama menghancurkan bilik mandi.



en husband tengah kyusyuk menghancurkan bilik mandi rumah sambil diperhatikan oleh datin rohani.

mak aku memang tak leh tak buat kerja. nak jugak meneman menantu dia. s
ampai kayu bumbung bilik air tu jatuh hempap belakang mak. sian mak huhu...
tapi mak relax jer.. kalau aku mesti dah melalak.

ketuk kuat lagi bang.. dush..dush..


maka gini la hasilnya...
ish..ish...ish.. bilik air yang mak duk sayang-sayang akhirnya hancur suda.




malam plak hadi (adik ipar) datang membawa tentera2 untuk mengosongkan rumah atas dan bawah. dalam masa setengah jam jek semuanye beres.



Siap sudah sessi mengosongkan rumah. tunggu plak rumah nak dihancurkan.


Hanya tinggal kenangan,

Sep 17, 2010

Aidilfitri Tanpa Fatiha Nur Aleesya

Ramadhan dah 8 hari berlalu..

8/9/10.
Mulakan perjalanan balik kampung. horey dah lame gile tak balik kg.Arini aku half day.
balik rumah terus sumbat brg2 dlm kete sambil menunggu abnag balik.
dalam pukul 4.30 petang kami bertolak. jalan sedang-sedang.. tak banyak keta pun.
Buka posa kat rnr seremban.. pehhh padat giler.. buka dlm keta jer..
selamat sampai tg malim pd pukul 9.30 malam. penat memang tak rase sebab excited sangat.
sempat tgk citer pebret syurgamu ramadhan episod akhir haha.

9/9/10.
sehari sebelum raya.
kami singgah pusara Fatiha dulu. rindu sangat kat dier.. Bila dah tengok pusara anak kesayangan ibu ni..
hati ibu rase tenang sangat.. ibu tahu fatiha damai kat sana. ibu tak susah hati pun.
sejak ibu tinggalkan kampung ibu tak sempat melawat pusara sayang kan.
ni pun ibu n ayah singgah kejap kampung nenek nak melawat sayang.
pusara sayang dalam keadaan baik. takde pun semak samun..
alhamdulillah. batu nisan pun ibu tak tengok lagi kan.
time kasih pakngah tlg tanamkan.pokok puding yang ayah tanam pun idup subur jer..

selepas tu teruskan perjalanan balik ke kedah.
kul 11.00 pagi kami gerak pi kedah.singgah gurun n guar beli barang-barang sikit dalam kul 5 petang sampai jeniang. terus masak-masak untuk berbuka. pehh penat giler.. perjalanan tengahari memang meletihkan.. panas... Alhamdulillah selamat sampai kampung abang.

Hari raya tahun ni aku sambut di rumah keluarga suami tersayang,
Jeniang Kedah. Suasana baru, pengalaman baru... persiapan raya sederhana jer..
malam raya tak sebuk sangat.. masak sikit-sikit jer. tinggal dua orang ngn abang.
ilah n chon gi guar setlle kan mane yang belum sudah.ayah n abg yan sibuk melayan tetamu datang nak bayar fitrah. makcik balik rumah die masak-masak kat sane.aku wat ketupat nasi n kuah kacang..
abang wat rendang daging.ketupat palas?? aku tak tau nak buat hahahahaha..
kami upah je kat orang tolong wat kan. ok gak la janji dapat rasa. basuh bekas-bekas kuih raya...
terus isi biskut-biskut raya n kerepek-kerepek. dalam kul 12 lebih siap masak.
tak lame ilah n chon balik.. diorang pasang langsir.
aku dah penat sangat terus tidur n tak sedar ape yang diorang buat hihihi...bye bye..

10/09/10.
6.30 pagi bangun mandi sunat raya n solat subuh.siap-siap nak rayer..
horey.. dah rayer. selamat hari raya semua. pas sembahyang raya orang-orang masjid terus singgah raya rumah. busy giler melayan tetamu. rumah depan masjid je kan..
pas sume balik baru sempat nak bersalaman n amik gambo family.

Ni ler ahli keluarga abang.
belakang: dari kiri, abang yan, ayah, makcik n abang. depan: ilah, chon n aku ler..

family ni belum berkembang lagi. tapi sume mengembang haha.Tahun depan maybe bertambah kot sorg. Insyaallah. mesti bertambah best n meriah sangat kalau fatiha masih ada.
Serius ibu sebak n rindu sangat kat tear. lagi menyedihkan bila orang-orang kampung n saudara mara tanye pasal tear.Sume tanye bila ibu nak bagi tear adik. huhu... thn depan kot. Insyaallah.

Without You...

Sep 7, 2010

Rayaaaaaaaa


Salam semua...
Esok dah nak balik kampung. bestnyer.......... giler.. sepanjang bulan posa ni tak pernah balik kampung n buka posa ngan mak. tak pernah huhu.. tahun ni memang cipta rekod n serius aku sedih sangat. tapi mujurlah en suami ada.. terubat la segala-galanyer. nak sangat balik kampung tapi.. cuti aku tak banyak. nak tak nak kene cover tuk cuti raya.so i have no choices.. daripada aku tak dapat cuti raya baik la aku berkorban keje on weekends bulan-bulan posa ni huhu.. en suami ape lagi pulun OT la. sabtu ahad die keje.Cari duit lebih nak raya ni. nak balik jauh la katakan.

so, nak jadikan cerita preparation tuk raya ni xde meriah macam selalu. baju raya pun dah beli seminggu sebelum posa. kitorang sponsor baju sume family abang n mak aku hihi.nak gak sponsor baju family aku.. tp jumlahnye agak ramai haha. maap ye.. cukuplah ina sponsor baju mak sorang jek.korang sume dah kaya-kaya. dapat bonus raya pun cam senyap jek... jeles huhu.insyaallah la thn depan ina sponsor baju family kite plak.

tema tahun ni 'purple'.. Ilah yang choose. So, sume orang dapat sepasang purple. N aku jer yg xdapat2 lg. sume tak berkenan huhu.. tapi borong baju wane lain tuk raya ke2,3 dan seterusnya. orang ckp jgn membazir. cukuplah sekadar 2 helai. yang lain pakai je baju raya thn lepas. ye.. aku setuju, tp kes kali ni.. sume baju2 aku yg dulu dh kecik ( padahal aku yg membesor hik3).. so xkn 2 pasang je nk rotate kot.. so, goda2 la abng request baju lebih. dapat hihi mekasih abang.finally jumpe jugak baju purple yg bekenan minggu lepas.

raya ni kitorang pulun bisnes kek buah kukus. alhamdulillah banyak gak la dapat sambutan..tapi start lambat so target tak spt yg diharapkan. maybe next year. Tq Faizah sudi jadikan kami supplier.. macam biasa regular customer jiran sekeliling rumah yang memang suke memborong ape yang kami jual hihi.. mekasih bebanyak. sampai malam tadi datang lagi borong ape yang ade kat rumah tu. stok lampu garam pun dh abis. tungku jek ade lagi tu pun mmg stok baru yg aku order nak jual kat kampung nanti.

berbalik pada persiapan raya. kerepek2 n kacang2 raya sume aku beli ngn member opis aku. sape lagi nak support member kan. lagipun diorang jual pun murah jek. so berbaloi.. biskut aku mmg tak minat nak beli sbb satu mahal, dua, kak ipar kesayangan aku mmg tokey biskut n sume dh mmg sedap2. so pau je lah hihi..dah memang tradisi biskut raya lebih kat umah mak nanti aku yang bawak balik.Niat nak wat sendiri biskut raya thn ni terbantut sbb abag tak beli2kan lagi oven.. hurmmm dari bln 5 aritu request tak approve2. so terbantut la niat. reason die xnk aku penat. die suh beli je senang. ape2 aje lah.

esok last keje.. xsabarnye nak balik kampung halaman. kampung aku n kampung abang. lamenyer xbalik kg abang. last balik thn lepas mase raya haji huk3. so tahun ni selamat la berhari raya di kampung mertua.. sayunyer rasa beraya mak jauh. hurmmm lebih sayu bile teringat kat liittle one 'fatiha' puteri kesayangan ibu.. semoga damai kat sane. akhir ramadhan nanti ibu ziarah kubur fatiha yer...

Al-Fatihah buat insan tersayang....
arwah abah Hamzah Bin Awin, arwah adik Siti Hawa Bt Hamzah, arwah anak buah Siti Shahira Dayana Bt Shafie n bidadari ibu Fatiha Nur Aleesya Bt Farizul... 
semoga damai di sana..


Sep 4, 2010

~Sambut Posa sbg orang Johor~

masih belum terlambat lg nk ucap selamat berpuase pada semua kawan-kawan. lately xsempat je nk hupdate.. buzy memanjang. tak tau la buat aper.. tapi rumah aku mmg full tiap-tiap malam. jadi port jiran-jiran lepak hihi. Ustad memang suke kalau kawan-kawan or jiran-jiran datang rumah. aku pn ikut je lah. tak kesah.
kalau die suruh masak lebih untuk kawan-kawan die datang buka pose.. aku lagi suke. buka posa ramai-ramai seronok. meriah...


malam 21 ramadhan jer.. Ustad n jiran-jiran pakat pasang pelita sepanjang jalan merak 13. bersinar-sinar la malam-malam. pas buka puasa je budak-budak pun keluar la main-main kat jalan. tapi diorang tak main bunga api. pelik juga lah.tapi aku pun tak taulah bila dah ade anak nanti agak-agak beli tak bunga api erk.. tengok lah nanti. 

ni gambar ustad sakan tengah memacak buluh pelita. aku tukang tengok n komen je lah haha.


siap ukur guna measuring tape lagi.. cam poyo je haha.


bila dah malam.. gini lah rupenyer.meriah..

anak-anak jiran kecik-kecik lagi. paling besar pun baru pra. huhu.. kalau fatiha hidup lagi.. die paling bongsu la.kan best kalau fatiha ader hurmmmm.


ni empat pelita depan rumah kami. pelita-pelita disponsor sepenuhnya oleh En Ustad.. minyak xsempat nak isi.. salu jiran-jiran dah topup kat kami hihi.. mekasih banyak-banyak kakak2 n abang2 semua. 
tak sabar nak raya. mesti lagi meriah nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelawat Setia


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Template by:

Free Blog Templates