Welcome

To My Life, My Soul, My Family, My Memories, My Everything

Oct 27, 2010

Bilala Rumah Bonda Nak Siap ^_^


Adoyaiii geram je bila dapat MMS dari adik. 
die salu balik kg jumpe mak.. tgk progress rumah mak. Aku nak sangat balik.. tapi Ustad bizi ..
salu keje on weekend.. nak balik sorg die tak bagi.. lagi dah berbadan dua ni lagi la die tak bagi.. hurmmm mak cakap rumah leh sempat siap kot before raya haji.. macam ni balik-balik je nanti rumah dah siap haha.. ape jenis anak la aku ni huhu..ampun mak..ina ikut suami..

antara MMS yang adik send semalam.. hancur suda rumah banglo 2 tingkat mak (",)




nampak macam dah 50% siap.. sempat la beraya haji dengan rumah baru (",)..
camne la rupe rumah mak bila siap nanti. tak sabar nak balik.. 
Rindu mak.. rindu rumah.. rindu Kampung halaman.

Home Sick =(






Oct 21, 2010

Berita Gembira 19/10/2010

Syukur ke Hadratnya... kami diberi peluang sekali lagi menjadi ibu n ayah...
Gembira yang tak terhingga yang sukar diucapkan.. Apabila aku sedar teman baik yang selalu datang tiap-tiap bulan dah lewat hampir 5 hari.. aku dh dapat rasakan yang ade satu berita gembira untuk kami.. aku pujuk husband berkali2 untuk beli UPT kat pharmacy... akhirnye pada malam 19/10/10 abang bersetuju hehe...

Balik dr pharmacy singgah kedai satay kawan abang dulu lepak-lepak..
masuk harini dah 5 hari berturut-turut aku mkaan satay. tekak ni xuas kalau tak dapat makan even secucuk pun jadilah.. dalam pukul 11.30 malam kami balik. tak sabar dah nak test hihi

seminit lepas test aku tengok double line yang jelas sejelasnya....


aku jerit pgl nama abang sekuat hati...
berlari die masuk bilik huhuhuhu.... die peluk aku, cium aku bertalu-talu hihi bahagia n happy sangat. hanya Allah yang tahu perasaan kami... Teah sayang... tak lame lagi Teah dapat adik tau..
doakan yang baik-baik untuk ibu n ayah yer..
Tiap minit tiap detik ibu teringat kat kamu...
sentiasa rindukan kamu sayang....

Aku bersyukur Ya Allah... atas rezeki yg telah engkau kurniakan ini...
sesungguhnya hanya engkau yg tahu ape yg terbaik buat hambamu ini...
Berikanlah kesihatan dan lindungilah anak dalam kandungan ku ini dari perkara-perkara yang tak baik..

Amin....

Hurmmm... agak2 kali ni gugurl ke boboy eh..
same2 la kite tunggu 27 hb 6 tahun depan... (",)


Alhamdulillah ,

Oct 8, 2010

Selamat tinggal Syawal


Sekejap je raya dah pun sebulan.
Raya tahun ni banyak pengalaman baru yang aku dapat.
Best bila balik johor n beraya di rumah sendiri.. tahun lepas tak rase pun.
Tapi tahun ni agak busy, mane dengan kenduri kawen tiap-tiap minggu, open house rumah kawan-kawan lagi. best betul. sumenye pasal makan. adoyaii.
bila la aku leh diet nih.

Tapi sayang sangat niat di hati nak buat open house tahun ni tak tercapai.
tak tau nak sumbat kat mana. nak buat time weekdays tak terdaya la.. bila plak aku nak masaknye.. hurmmm ape nak buat keadaan tak mengizinkan.
sempat jamu menu-menu ringkas je utk kawan-kawan yg datang (ade ke yang datang? hahahaha) maybe tahun depan la kot.Insyaallah.

Memang banyak perbezaan raya tahun ni.Raya kat johor ni meriah betul.
raya sampai sebulan. malam-malam ade je lagi budak-budak datang beraya.
Paling tak leh lupe Marhaban.Orang surau dan orang laki-laki datang raya dari rumah ke rumah sambil marhaban dan berdoa. pastu rumah yang terakhir barulah ada makan-makan.
kami masak ramai-ramai.lorong aku kene hari jumaat. tak silap dalam 15 buah rumah join. rumah aku rumah ke 6. aku tak masak ape pun cume sediakan kuih-kuih raya ngan air jek. mule-mule tak tahu pun kene sediakan air.. bila tanye jiran-jiran kelang kabut balik rumah siapkan kuih-kuih raya. mana taknye satu hari duk umah jiran masak tuk marhaban ni.


Ni je ler yang mampu disedikan huhu..


Orang ramai dah mula serang rumah. meriah betul.

Bila dah sampai turn rumah.. diorang akan marhaban beramai-ramai.
masing-masing dapat kertas sorang satu. mana taknye zaman sekolah dulu je marhaban ni. sekarang dah tak ingat dah huhu. lepas je marhaban, tuan rumah perlu beri ucapan.
ni paling lawak. tak pernah aku tengok suami tersayang serius.
ingat kan dia akan bagi ucapan serius la. tapi hampeh, orang tetap gelak jugak.
hahaha.... kempunan aku nak tengok..

Tapi sayang, gambar abang tengah bagi ucapan tak leh nak amik.
rumah sesak. maklumlah rumah kami kecik je (",).

Tak sabar nak tunggu raya tahun depan.
pasti aku akan sajikan yang lebih baik. Insyaallah.


Raya di perantauan,










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelawat Setia


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Template by:

Free Blog Templates