Welcome

To My Life, My Soul, My Family, My Memories, My Everything

Sep 17, 2010

Aidilfitri Tanpa Fatiha Nur Aleesya

Ramadhan dah 8 hari berlalu..

8/9/10.
Mulakan perjalanan balik kampung. horey dah lame gile tak balik kg.Arini aku half day.
balik rumah terus sumbat brg2 dlm kete sambil menunggu abnag balik.
dalam pukul 4.30 petang kami bertolak. jalan sedang-sedang.. tak banyak keta pun.
Buka posa kat rnr seremban.. pehhh padat giler.. buka dlm keta jer..
selamat sampai tg malim pd pukul 9.30 malam. penat memang tak rase sebab excited sangat.
sempat tgk citer pebret syurgamu ramadhan episod akhir haha.

9/9/10.
sehari sebelum raya.
kami singgah pusara Fatiha dulu. rindu sangat kat dier.. Bila dah tengok pusara anak kesayangan ibu ni..
hati ibu rase tenang sangat.. ibu tahu fatiha damai kat sana. ibu tak susah hati pun.
sejak ibu tinggalkan kampung ibu tak sempat melawat pusara sayang kan.
ni pun ibu n ayah singgah kejap kampung nenek nak melawat sayang.
pusara sayang dalam keadaan baik. takde pun semak samun..
alhamdulillah. batu nisan pun ibu tak tengok lagi kan.
time kasih pakngah tlg tanamkan.pokok puding yang ayah tanam pun idup subur jer..

selepas tu teruskan perjalanan balik ke kedah.
kul 11.00 pagi kami gerak pi kedah.singgah gurun n guar beli barang-barang sikit dalam kul 5 petang sampai jeniang. terus masak-masak untuk berbuka. pehh penat giler.. perjalanan tengahari memang meletihkan.. panas... Alhamdulillah selamat sampai kampung abang.

Hari raya tahun ni aku sambut di rumah keluarga suami tersayang,
Jeniang Kedah. Suasana baru, pengalaman baru... persiapan raya sederhana jer..
malam raya tak sebuk sangat.. masak sikit-sikit jer. tinggal dua orang ngn abang.
ilah n chon gi guar setlle kan mane yang belum sudah.ayah n abg yan sibuk melayan tetamu datang nak bayar fitrah. makcik balik rumah die masak-masak kat sane.aku wat ketupat nasi n kuah kacang..
abang wat rendang daging.ketupat palas?? aku tak tau nak buat hahahahaha..
kami upah je kat orang tolong wat kan. ok gak la janji dapat rasa. basuh bekas-bekas kuih raya...
terus isi biskut-biskut raya n kerepek-kerepek. dalam kul 12 lebih siap masak.
tak lame ilah n chon balik.. diorang pasang langsir.
aku dah penat sangat terus tidur n tak sedar ape yang diorang buat hihihi...bye bye..

10/09/10.
6.30 pagi bangun mandi sunat raya n solat subuh.siap-siap nak rayer..
horey.. dah rayer. selamat hari raya semua. pas sembahyang raya orang-orang masjid terus singgah raya rumah. busy giler melayan tetamu. rumah depan masjid je kan..
pas sume balik baru sempat nak bersalaman n amik gambo family.

Ni ler ahli keluarga abang.
belakang: dari kiri, abang yan, ayah, makcik n abang. depan: ilah, chon n aku ler..

family ni belum berkembang lagi. tapi sume mengembang haha.Tahun depan maybe bertambah kot sorg. Insyaallah. mesti bertambah best n meriah sangat kalau fatiha masih ada.
Serius ibu sebak n rindu sangat kat tear. lagi menyedihkan bila orang-orang kampung n saudara mara tanye pasal tear.Sume tanye bila ibu nak bagi tear adik. huhu... thn depan kot. Insyaallah.

Without You...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelawat Setia


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Template by:

Free Blog Templates