Tersenyum sorang-sorang dalam kereta masa panaskan enjin pagi tadi bila melihat pakaian yang senget benget tersidai. hehehe.. abang-abang. dah masuk 29thn pun masih senget benget lagi sidai baju. hahahaha
mekasih sayang. Walaupun senget benget tapi orang tak kesah.Terima kasih kerana ringan tulang membantu org wat keje-keje rumah ni. Keadaan diri yang amat penat sangat lepas masak malam tadi membuatkan aku hanya sempat mengeluarkan baju daripada mesin masuk dalam bakul dan hanya membiarkan di depan pintu. Sungguh, aku sangat penat semalam. Tak tahu kenapa.
Masuk ke bilik dgn niat nak baring sekejap sambil menonton TV, sudahnya tak sampai 5 minit aku terlelap dengan TV terbuka. Pembaziran betul... tersedar sekejap bila abang balik dr main badminton kejutkan aku untuk makan. Kebiasaan, abang akan menyuapkan aku 3 suap nasi sebagai alas perut... (diet la katakan) dan memang die takkan makan kalau aku tak duduk di depan die. Sorry sayang, mlm tadi seperti dirasuk.... tidur yang amat nyenyak sekali hehehe.
Pagi ni, masa aku sebuk nak tapaukan bekalan abang... sayu tengok periuk nasi.... luak setakat 2 3 senduk jer.. hmmm sikitnya makan.. selalunye abang akan tambah 3 kali kalau aku masak. Ikan pari asam pedas pun tak luak sangat. aku panaskn dan bekalkan die. Biar abg kenyang dgn masakan aku hehehe
Nak masak daging taucu pulak balik keje ni. hmm lapo.
gambar di atas sekadar perhiasan. tidak ada kene mengena dengan cerita.
1 comments:
Hehehe..comelnya berusaha tolong sidaikan baju walaupun senget menyeget. Itu namanya bekerjaaasama.
Post a Comment