Welcome

To My Life, My Soul, My Family, My Memories, My Everything

Oct 8, 2010

Selamat tinggal Syawal


Sekejap je raya dah pun sebulan.
Raya tahun ni banyak pengalaman baru yang aku dapat.
Best bila balik johor n beraya di rumah sendiri.. tahun lepas tak rase pun.
Tapi tahun ni agak busy, mane dengan kenduri kawen tiap-tiap minggu, open house rumah kawan-kawan lagi. best betul. sumenye pasal makan. adoyaii.
bila la aku leh diet nih.

Tapi sayang sangat niat di hati nak buat open house tahun ni tak tercapai.
tak tau nak sumbat kat mana. nak buat time weekdays tak terdaya la.. bila plak aku nak masaknye.. hurmmm ape nak buat keadaan tak mengizinkan.
sempat jamu menu-menu ringkas je utk kawan-kawan yg datang (ade ke yang datang? hahahaha) maybe tahun depan la kot.Insyaallah.

Memang banyak perbezaan raya tahun ni.Raya kat johor ni meriah betul.
raya sampai sebulan. malam-malam ade je lagi budak-budak datang beraya.
Paling tak leh lupe Marhaban.Orang surau dan orang laki-laki datang raya dari rumah ke rumah sambil marhaban dan berdoa. pastu rumah yang terakhir barulah ada makan-makan.
kami masak ramai-ramai.lorong aku kene hari jumaat. tak silap dalam 15 buah rumah join. rumah aku rumah ke 6. aku tak masak ape pun cume sediakan kuih-kuih raya ngan air jek. mule-mule tak tahu pun kene sediakan air.. bila tanye jiran-jiran kelang kabut balik rumah siapkan kuih-kuih raya. mana taknye satu hari duk umah jiran masak tuk marhaban ni.


Ni je ler yang mampu disedikan huhu..


Orang ramai dah mula serang rumah. meriah betul.

Bila dah sampai turn rumah.. diorang akan marhaban beramai-ramai.
masing-masing dapat kertas sorang satu. mana taknye zaman sekolah dulu je marhaban ni. sekarang dah tak ingat dah huhu. lepas je marhaban, tuan rumah perlu beri ucapan.
ni paling lawak. tak pernah aku tengok suami tersayang serius.
ingat kan dia akan bagi ucapan serius la. tapi hampeh, orang tetap gelak jugak.
hahaha.... kempunan aku nak tengok..

Tapi sayang, gambar abang tengah bagi ucapan tak leh nak amik.
rumah sesak. maklumlah rumah kami kecik je (",).

Tak sabar nak tunggu raya tahun depan.
pasti aku akan sajikan yang lebih baik. Insyaallah.


Raya di perantauan,










3 comments:

YanTie AhMad said...

org Johor mmg cam ni laa..akan marhaban dr rumah ke rumah..time tu la bdk2 nk collect duit raya lebih..and time tu la baru leh nk kenal jiran tetangga...:)
meriah kan!..

Arfariena said...

tula... mmg menarik. lain dr yang lain. ko tau x yantie, masa masak-masak ni la aku kenal sume jiran2. huahahaha... pastu skrg ni dh jmpe dh pun. muke dorg pun aku igt2 lupe.

YanTie AhMad said...

aku pun time tu la baru leh nk follow up pasal kawan2 skolah lama..besa la, kalo dh besar ramai yg dh migrate sbb keja or ikut suami..so, yg datang umah aku slalunya mak2 kwn2 aku laa..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelawat Setia


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Template by:

Free Blog Templates