Welcome

To My Life, My Soul, My Family, My Memories, My Everything

Jun 8, 2011

Hani Wedding

14 Mei 2011

Siti Nurhani dan suami.. congratulation on ur wedding day. Pasangan terakhir yang mendirikan rumah tangga dlm grup UTM dulu.

Ala-ala reunion la.. peh lame sangat tak jumpe. Dari JB gerak kul 12.00 tgh alhamdulillah selamat sampai di Nilai pukul 2.30 ptg. Masa ni pengantin tengah bersanding.

Dapat jugak jumpe Aqil (baby Yana) ngan Hasya (baby Zetty).Dah besar dah diorang =)

U r so cute.. geram mama tau

Ni lagi sorang.. comel anak dara ibu ni...

Tapi sayang... Lin, Jamie ngan Lola tak dapat datang.

Hmmm kempunan nak jumpe baby baru diorang.
Adam (baby Lola) and Aniq (baby Jamie).

Lepasni bila lagi la nak jumpe kan. Really miss u olls.

Bergambar kenangan bersama pengantin:-
Shakir, hasya,zetty,ina,ustad,pengantin,aqil,yana,yusri,naim,ashraf

Kawan-kawan yang datang
Naim,Yana,aku,Zetty


me n my everythings


Yana n her family


Zetty (eh mane gambar zetty..??? huhuhu xde) ngn her family

Ha.. ini ler puan Zetty bersama anak bucuknyer (",)



Naim n suami. Ma n Pa to be.

Semoga kite jumpe lagi.Salam sayang untuk semua.

Congrate Hani (",)

Jun 3, 2011

Almost 37 weeks

Kejap je dah masuk bulan June. Tibe-tibe teringat plak.. kalau tidak fatiha dapat adik bulan ni hehehe... mgu ni sepatutnya aku masuk 37 weeks. Lagi 3 minggu je lagi. maksudnya aku dah 8 bulan lebih la kan. Hmm camne la rupe aku yek. same macam dulu gak kot.

kenangan ms mengandungkan fatiha nur aleesya

Rase macam cepat sangat masa berlalu. Rase baru je semalam aku misscarriage. rase baru je semalam aku admitted wad HSA 3 hari 2 malam berendam air mata mengenangkan kehilangan kali ke-2. Sungguh.. aku tak pernah sangka semua ini berlaku dalam hidup aku.

Tapi itulah kenyataan.. itulah ketentuan.. setiap orang akan hadapi dugaan yang berbeza-beza. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing kan .... Ape yang penting sekarang aku perlu sentiasa berfikir positif.. Insyaallah masanya pasti akan tiba. Saat tu kamilah ibu dan ayah yang paling bahagia.

Yang aku ni asyik nak tacing je sejak akhir-akhir ni pesal. huhuhu. Ingatan pada Fatiha terlalu kuat agaknye. Hurmmm, takpelah sayang. Pasni ibu ngan ayah usaha lagi eh. Doakan kami ye sayang..

ibu yg diuji,

Jun 2, 2011

Hanya Mampu Berdoa

Harini dah masuk 6 bulan lepas aku di d&c.
dah hampir 3 bulan kami mencuba tapi masih belum ade rezeki lagi.
Sedih tak payah nak cakap lah.

kadang-kadang tengok kawan yang baru je kawen terus bunting pelamin..
then, cukup 9 bulan bersalin selamat je anak die.
tapi aku??? nak dapt seorang anak pun susah.
kadang2 rase dunia ni tak adil!!

Ya Allah. Ape yang aku melalut ni.
Aku seperti menyalahkan takdir yg telah Allah tetapkan. jahilnya aku...
Ampunkan hamba Mu ini Ya Allah.
Kepada Mu aku berserah,
kau kuatkanlah semanagat ku menempuh segala dugaan hidup ini Ya Allah.
aku tak kuat menghadapinya...

Hanya engkau yang tahu ape yang terbaik untukku. kau berilah yg terbaik untukku ya Allah. hanya yang terbaik. aku redha....


Hanya mampu berdoa,

Jun 1, 2011

Bila nak ziarah kakak lagi

lamenyer ibu tak balik kampung nenek ziarah taman raudhah kakak...

sedih.. sedih... sedih...
itulah perasaan ibu bila setiap kali ziarah ke tmn raudhah kakak.
bukan ibu sedihkan pemergian kakak, tapi ibu sedih sebab jarang sangat dapat ziarah kakak.bukan ibu lupa sayang... ibu tak pernah lupekan kakak walau sesaat.
Ibu harap sangat dapat balik ke kampung nenek dlm masa terdekat ni..

selagi ibu masih hidup, ibu akan terus ziarah kubur kakak setiap kali ibu balik kampung nenek. ibu takkan jemu...
kerana dengan menziarahi kubur kakak, ibu akan tersedar dari mimpi-mimpi dunia yang tiada jaminannnya. kehidupan dunia dan kebendaan dunia yang tak akan kekal...

dan kerana menziarahi kakaklah ibu selalu mengingtakan diri ibu yang MATI ITU PASTI.


Doa buat aleesya,

May 22, 2011

Bowling Tournament by Surau Ibnusina

Jeng jeng jeng... haritu Seagate nye bowling tournamnet tak sempat masuk sbb duk dalam pantang... kalini surau merak, bandar putra wat tournamnet kami join la.

aku dan abang join. tapi, tak satu group sebab die asing perempuan dan lelaki. aku ni takde la pandai sangat main, tapi xde la sampai tak reti main kan. hehehe.. pendekkan cerita dapat la no. 2. hehehehe

muka jakun pegang piala. tahniah la Puan harinah hehehe

Abanh tak dapat no hahaha.. cian die injured plak sbb dua hari sebelum tu dh join Dyson nye bowling tournamnet. Lagipun lelaki ramai sangat join. dr 20 lane, 17 lane lelaki sapu.

Walau ape pun ni kire abang yg menang la sbb abang yang byk ajar segala skill dr zaman kite kt UTM dulu... walaupun balingan org tetap senget.
Tq abang. emmmuahh


Wif Luv

Apr 3, 2011

Aleesya pergi


Sayang ibu,

Pada pukul 11.30 pg tadi, cukuplah setahun sayang ibu tinggalkan ibu dan ayah. Sayang ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.Sayang ibu pergi mengadap Ilahi... pergi untuk selama-lamanya. yer, cukup setahun pemergian mu sayang

Ibu masih ingat lagi, wad ibu di hospital serdang selangor, sarat dgn nenek, mak long, mak su, pak long, tok cu,tok long, sepupu-sepupu ayah, kawan-kawan ayah dan ibu, kawan-kawan opis ibu.. semuanya dtg untuk memberi penghormatan terakhir pd sayang. datang untuk memberi semangat kepada ibu, datang kerana kasihan kan ibu. Terima kasih kepada yang sudi datang masa tu. jasa kalian ku ingat sampai bila-bila.

Saat ini juga, pada tahun lalu.. kite naik kereta ibu bersam-sama ayah dan nenek untuk pulang ke kampung nenek bg pengebumian sayang. ibu nak sangat ribakan sayang, pegang sayang masa dlm perjalanan tu, tapi ibu tak mampu. Perut ibu terlalu sakit, masih tak stabil kerana pembedahan semalamnya. Ibu hanya mampu memandang sayang yg selesa di riba nenek. sayang ibu yg cantik, sayang ibu yang comel, sayang ibu yang bersih dan suci. sejuk perut ibu mengandungkan sayang.

Perjalanan sejam lebih ke kampung nenek tiba pada pukul 6.00 ptg. Orang-orang kampung telah penuh membanjiri rumah nenek. semua menunggu kehadiran bidadari ibu. Ibu cube kuat untuk tidak menangis di hadapan orang-orang yg ramai itu. Tapi ibu tak daya, ibu tak dpt menahan kesedihan ibu apatah lagi bila melihat semua org telah bercucuran air mata ketika itu. Siapalah yg boleh menahan sebak apabila melihat sekujur tubuh kecil yg comel tidak lg bergerak. hmmm masih terase gerakan anak ibu yang kuat dlm kandungan ibu dulu. Sedih kan sayang...

Selepas sayang dimandikan, dikafankan, sayang baring di riba ibu buat kali yg terakhir. ibu renung wajah sayang sepuas-puasnya. kemudian ayah pula meribakan sayang.Kami renung wajah anak kesayangan kami ni buat kali terakhir. Ibu betul-betul terasa yang ibu telah kehilangan..

Selesai sembahyang, sayang dikebumikan. azan maghrib berkumandang selesai sahaja pengebumian. Hilanglah sayang dari pandangan kami semua. perginya seorang bayi yang ditunggu-tunggu selama 9 bulan oleh pasangan Farizul & Harinah. Perginya insan yang teramat di sayangi.

Hmmm hari ini 3/4/2011 genap setahun segalanya berlaku. semuanya segar dlm ingtan ibu. macam tak percaya ibu pernah mengandung 9 bulan sebab ibu dan ayah masih berdua seperti pengantin baru. berkepit 24 jam seperti tidak boleh dipisahkan lagi.

Semoga bertemu lagi nanti (",)




Aleesya segar dlm kenagan,

Apr 2, 2011

Aleesya 1 Year


2 April 2011

Happy Bufday to you...
Happy Bufday to you...
Happy Bufday to Aleesya...
Happy Bufday to you...

Sepatutnya kakak dah msk 1 tahun. Mest kakak dah pandai berjalan sekarang kan. dah pandai nak usik2 ibu. dah pandai nak merajuk ngn ayah. dah pandai cakap esp panggil ibu... kan sayangkan. ibu rindu semua tu. ibu rindu walaupun ibu tak pernah rase itu semua.

Kakak, ibu hadiahkan al-fatihah untuk mu sayang. walaupun ibu tahu anak ibu ni, mmg dah tenang kat sane.. dah terlalu bahagia kat sana..ibu nak kakak lebih2 bahagia lagi.

Bestnye kalo kakak ader. mesti ibu buat suprise party tuk kakak. pgl jiran2 terdekat, baca doa selamat, jamuan makan sikit-sikit. Ibu cakap ngan ayah harini bufday aleesya. ayah diam jek. mesti ayah taknak ibu sedih kan. hmm tapi, ibu sebenarnye lg sedih bila ayah tak layan ckp ibu. bila ayah hanye pandang wajah ibu diam seribu bahasa tiap kali ibu cakap soal aleesya.

Ibu sangat rindukan kakak. Ibu masih terbayang2 wajah mungel kakak saat duduk dalam pelukan ibu disaat2 akhir kakak. Kalau lah boleh ibu dapat lihat kakak sekali lagi.....

Jumpa lagi anakku..

Al-Fatihah


Sentiase merinduimu...

Mar 14, 2011

Happy 2nd Anniversary

Teka hari in hari ape?? hehehe dah sah-sah tulis kat title atas tu kan..

Maka, Selamat Ulang Tahun Perkahwinan untuk aku n en somi.

kek anniversary kami.. dapat la bagi jiran tetangga sorang sikit.

for us (",)

tak sangka dah 2 tahun dah usia perkahwinan kami. Pelbagai dugaan datang mengeratkan lagi kasih sayang kami. Tiade kemanisan kebahagiaan itu tanpa penderitaan. Aku redha atas ape yang dah berlaku ke atas kami, segala dugaan kami tempuh bersama-sama. Thanks a lot abang sentiase memberi org semangat dan sokongan untuk meneruskan hidup ini yang sangat mencabar.

Orang berdoa kite akan bersama-sama sehingga ke hembusan nafas yang terakhir. Ya Allah, ambillah ape sahaja yang aku miliki kecuali insan yang bernama Farizul Abd Rahim.


Sayang abang selamanya,

Mar 9, 2011

Hidup yang Terlalu Bz

Peh topik tak tahan.. tapi itulah hakikatnyer.. kehidupan kami laki bini mmg sebuk giler yang melampau.. ni semua gara-gara bisnens baru kami.. tu la cr pasal hahaha pdn la muka kitorang.. elok2 keje bagus2 duk dlm aircond tgk pc.. wat report.. lyn fesbuk.. lyn blog.. malam2 merendek jalan2 makan2 buang duit...gatal nak berpanas berpeluh... tp itulah kepuasan.. itulah cita2 kami nak ade bisnes sendiri.. Tapi, wat masa ni hanya part time.. plan for future tu ade... tapi belum masanye lagi...



Alhamdulillah.. tertubuhnya Second Bro hasil perkongsian atr kami berdua, con (adik abang) dan Fir (bespren abang)... menjual barangan terpakai dari SINGAPORE... hmmm terlalu byk dugaan dan halangan yang tak tercerita sekarang.. sbb aku bz.. ni pun aku curi2 tulis entri ni kikiki.. ok bos aku dah bising.. byk report aku lum siap hahaha byeeeeeeeeeeeeeeee


Wif Luv

Mar 3, 2011

Kota Kinabalu part 3

Peh! entry dah berabuk. cont kota kinabalu part 1 & 2... sape yg lum baca entry sebelum ni, sila baca kota kinabalu part 1 & kota kinabalu part 2 ye hehehe

Pagi-pagi lagi kami dah bagun. lebih kurang dalam pukul 5.30 solat subuh. Peh tak biase hehehe terpaksa la jugak memandangkan kat sane awal sejam dr kita.

Pastu terus kemas2 baju, packing siap-siap nak breakfast pastu terus checkout.sebab balik dari gunung nanti terus check in kat borneo.

sampai je cafe, cafe takde org lagi hehehe. malu gile. tapi takpe makanan dah prepared. tu yang penting.

tamak. banyak giler makan huhu

Perjalanan dr bandar KK ke gunung kinabalu lebih kurang 1 jam setengah.

View yg cantek.. tersangat cantek. Besarnya kuasa Allah. sungguh cantek ciptaan die.

Mintak tlg mat salleh amikkn pic (",)

Ni kat Kinabalu Park... belakang tu air terjun..

kete sewa rosak..enjin tak leh nak start. fuhh seram sgt masa ni. Alhamdulillah abang godek-godek enjin boleh start balik. cuak jek.Cina tu baik nak tolong tolak huhu...

Ni permulaan tempat org nak daki gunung.. Kat kinabalu park.

turun dari kinabalu park kami teruskan perjalanan gi Kundasang, Poring. Kat poring kami tgk bunga raflesia...

Naik menatang ni naik turun bukit.. pehh seram.

jalan yg penuh berliku.Giler.. adventure...

Tu dia.. takde la besar sangat. Tapi, okla.. new experience. Interesting!

pastu terus gi kolam air panas poring.

air terjun mengalir yang cantik..

penat giler panjat bukit bagai nak tgk air terjun kipungit.

akhir sekali berendam dlm kolam air panas.. lame gile tunggu air penuh hehehe.. cik abang sempat tido. best sgt kot (",)

Tak leh lame-lame sbb nak sgh makan buah strawbery kat kundasang. so, sebelum gelap siap-siap nak gerak. terlupe kat sane kul6 dh malam huhu...

sempatla jugk makan. tapi, kat sane tak same cameron, buahnye masam sikit.
so, kene mkn ngn gula icing.. layan je la

peh.. penat giler. satu hari yg best. balik terus gi borneo. tak sempat buat ape. singgah makan kejap, igt nak kua lg pas mandi... jln2 kat borneo mall tu.. haram terus tido hahaha. lotih giler.

kene rehat cukup-cukup esok nak gi pulau pulak. zzzzzzz

gila jalan,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pelawat Setia


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Template by:

Free Blog Templates